Friday, 14 December 2012

Video Rumah Rradisional

                                               Rumah Panjang Rungus                                                     


Rumah Panjang Orang Ulu


Rumah Tradisional Kampung Kubang Pisang


Rumah Panjang Nelapak


Rumah Panjang Nanga Sebuluh, Song


Rumah Tradisional Pulau Mutiara


 Cara Membina rumah tradisional


Rumah Tradisional Terengganu


Rumah Batu Tradisional di Melaka


Cara membuat model rumah warisan Melaka


Tuesday, 11 December 2012

Kepentingan Rumah

Rumah penting bagi kehidupan manusia. Kepentingan rumah ialah memberikan perlindungan kepada kita, menyediakan keselesaan dan mewujudkan kemesraan keluarga.

Memberikan Perlindungan
Rumah melindungi keluarga kita daripada hujan dan panas. Rumah juga dapat melindungi barang keperluan dan harta benda keluarga. Selain itu, rumah melindungi kita daripada ancaman berbahaya.


Menyediakan keselesaan
Terdapat pelbagai ruang dalam rumah. Ruang tamu berfungsi menyediakan tempat untuk kita beristirahat dan berinteraksi sesame anggota keluarga.





Mewujudkan kemesraan keluarga
Di rumah, kita dapat makan dan berbincang bersama-sama anggota keluarga. Anggota keluarga juga dapat merayakan hari perayaan, mengadakan majlis hari jadi dan kenduri.

Sunday, 9 December 2012

SEKOLAH SAYA

Selamat Datang Ke Sekolah Saya

Pra

Papan Penyata

Kantin

Makmal Komputer

Pejabat

Sunday, 2 December 2012

Faktor mempengaruhi pembinaan rumah

Bentuk Muka Bumi
1.  Tanah Tinggi



Rumah di kawasan tanah tinggi seperti banglo dan sebandung.  Rumah di kawasan ini boleh dibina pada struktur tanah yang kukuh. Selain itu, pembinaan rumah di kawasan ini  juga perlu mengambil kira  kesan alam sekitar dan langkah-langkah keselamatan.

Contoh :
Banglo


2. Pinggir Laut
Jenis rumah yang bertiang tinggi sesuai dibina di kawasan pinggir laut.

Contoh :
rumah bertiang tinggi




3.  Tanah Pamah

Tanah pamah yang rata dan tidak berbukit-bukau. Di kawasan tanah pamah, pelbagai jenis rumah boleh dibina. Contohnya rumah banglo dan kondominium. 

Kondominium

Kondominium

Banglo

kondominium

 

PUISI - Rumahku Surgaku


Rumahku berpondasi keimanan
Beratap kasih sayang
Dan bertiang kerukunan
Rumahku berlantai kejujuran
Berdinding kesejahteraan
Dan berpintu keterbukaan
Rumahku dikelilingi taman cinta
Dipagari cinta kasih
Diterangi lampu-lampu cantik iman
Dan dihiasi keceriaan
Betapa kokohnya ia berdiri
Siap, bahkan sanggup
Melawan rintangan
Menghadapi halangan
Rumahku surgaku


Saturday, 1 December 2012

Rumah Tradisional Perak



Pengenalan
Rumah ini adalah dari jenis bumbung panjang. Keistimewaan reka bentuknya adalah kerana ia lebih etnik dan ringkas. Reka bentuk ini juga dikenali sebagai rumah kutai. Rumah ini masih terdapat di negeri Perak dan telah berusia lebih 100 tahun. Antaranya di Kampung Sayong Lembah, Kuala Kangsar, Kampung Kota Lama Kanan dan Kampung Bota Kanan, Parit.
Rumah ini menggunakan sepenuhnya bahan binaan semula jadi yang terdapat di sekeliling kampung. Struktur asas adalah kayu keras manakala atap dibuat dari daun rumbia dan dinding pelupuh dari anyaman buluh atau rotan.

Rumah ini mempunyai bumbung yang agak tinggi, tetapi terdapat sedikit keunikan dari segi keterbukaan rumah ini. Ia seolah-olah tidak mempunyai pengudaraan yang baik dan mencukupi. Dinding rumah mencapai ke paras rabung atap tanpa diselangi kerawang atau seumpamanya. Ini disebabkan dinding itu sendiri tembus angin, maka ianya tidak perlu hiasan kerawang dan  sikap rendah diri penghuni rumah ini.
Keringkasan reka bentuk menunjukkan yang rumah kutai adalah untuk orang biasa berbanding rekaan lain yang lebih moden dan canggih seperti bumbung limas dan bumbung Perak. Rumah ini menyaksikan beberapa unsur seni struktur yang agak menarik, ringkas dan mempunyai fungsinya tersendiri.


Elemen Seni bina

Rumah ibu dipisahkan dari rumah dapur dengan selang yang terbuka. Rumah ibu mempunyai tingkap menghala ke rumah dapur. Di penghujung rumah dapur terdapat pelantar untuk kegunaan penyediaan makanan atau ruang letak untuk hasil dari kebun dan sungai. Rumah ini mempunyai beberapa unsur seni struktur yang agak menarik, ringkas dan mempunyai fungsinya tersendiri.


Rumah ibu mempunyai bumbung yang tertinggi. Ia turut menempatkan atau berfungsi sebagai serambi di bahagian depan dan sebuah bilik. Di sebelah kiri bilik terdapat ruang seakan serambi menyamai bahagian serambi utama di sebelah kanan, mungkin ianya adalah untuk ahli keluarga perempuan. Rumah ibu mempunyai tingkap menghala ke rumah dapur.

Rumah ibu dipisahkan atau dihubungkan oleh selang yang lebih terbuka. Selang mempunyai ketinggian yang sedikit rendah, sekitar 15cm sehingga 30cm dari aras rumah ibu dan rumah dapur.
Rumah dapur menempatkan segala peralatan memasak dan ruang makan. Ia dihubungkan oleh selang untuk ke rumah ibu. Di penghujung rumah dapur terdapat pelantar, berfungsi sebagai tempat penyediaan makanan dan ruang letak untuk hasil dari kebun atau sungai.